Tuesday, September 22, 2009

catatan buat tok wook kundor 106,yang menanti kepulangan sang suami, sewaktu catatan di akhbar tentang f1 for 1malaysia.

tak ada apa yang lebih dia ingati
selain dari lambaian sang suami
yang melangkah ke serenti
dan tak juga dia mengerti
tentang heroin dan basa basi
yang menghijab ikatan kasih setia
fitrah naluri sejati…

tak ada apa yang lebih membahagiakan
selain dari duduk beriring suami
dan nasi ikan kukus yang disuap perlahan-lahan
menyempurnakan siang..

dia bersimpuh di tangga
dengan mata berkaca menyimpan azam
untuk mencium tangan sang suami
di pagi aidilfitri…

Tuesday, September 08, 2009

sajak wan azman 27,buruh sekolah kepada kekasihnya siti rohayu 21,yang terbunuh dijalan sewaktu menjemput adiknya pulang.

hanya merah darah mewarnai tudung bawal dan lesung pipitmu. suaraku tenggelam dalam raungan mesin rumput yang tak sempat dimatikan sewaktu kau disorong ke ambulan dan darahmu di tangan tertanggal sewaktu wudhu'asar.

siti,
sebutkan namaku di depan Tuhan kerana aku bakal mengendong sisa cinta kita menemuimu nantinya.moga-moga Dia perkenan...

kuala terengganu
ogos 2009