Wednesday, October 21, 2009

mengucup alis matahari

katakan pada bulan, jangan temani aku waktu musim sedang rusuh seeloknya kamu harus tahu bersembunyi agar cahayamu tidak menyuluhi tangan ku yang kasar dan hodoh
katakan pada bintang,ia tak diperlukan di sini kerana sepanjang hayat setengah dekad ini tak pernah ku temui, hatta sekelumit sinar pun dalam daerah ku yang amat sunyi
jeritkan pada matahari, ayoh segera kemari , mari kita sama-sama hangusi busana zaman yang tak pernah ramah ini

oh matahari ! ku kucup alismu yang dingin
penuh bahagia dan berahi…

kuala terengganu